Muzium Negeri Sarawak
Muzium Sarawak, iaitu muzium tertua di Borneo hasil binaan Charles
Brooke pada 1891 ini bukan sahaja menyimpan pelbagai artifak tetapi juga
sebenarnya adalah bangunan bersejarah yang telah menyaksikan pelbagai
peristiwa penting negeri ini.
Dibina mengikut gaya dewan bandaraya di Perancis, muzium ini adalah tempat terbaik untuk anda melihat dan mempelajari tentang budaya, sejarah dan corak hidup masyarakat pribumi Sarawak.
Simpanan berharga muzium ini masih kekal utuh walaupun semasa berlaku peralihan kuasa dari British ke tangan Jepun kerana pemerintah Jepun pada waktu itu juga berusaha mengekalkan muzium ini dari dijarah tenteranya.
Anda bukan sahaja akan dapat melihat koleksi haiwan-haiwan Borneo yang disimpan oleh naturalis terkenal Alfred Wallace, tetapi juga dapat melihat sendiri suasana rumah panjang, lengkap dengan ukiran patung kayu dan tengkorak manusia.
Di seberang jalan, bangunan baru muzium ini pula memaparkan pelbagai senjata masyarakat asal Sarawak di samping artifak tiang pengebumian Kenyah dan bot perang Iban.
Pendek kata, memang rugi jika anda ke Kuching dan tidak melawat muzium yang dikatakan antara yang terbaik di Asia Tenggara ini. Bukan apa, masuknya juga percuma.
Sabtu, Ahad : 10 pg – 4 ptg

Harga Tiket
PercumaWaktu Operasi
Isnin – Jumaat: 9pg – 4:45 ptgSabtu, Ahad : 10 pg – 4 ptg
Jarak dari Homestay
Taman Orkid Kuching
Jika anda sukakan bunga Orkid, jangan lepaskan peluang mengunjungi Taman Orkid yang terletak di seberang Kuching Waterfront ini.
Yang menariknya, untuk melihat lebih 80,000 orkid yang ada di taman seluas lebih 15 ekar ini, anda perlu menaiki sampan dan menyeberangi sungai Sarawak. Dari tebing jeti Pangkalan Sapi, anda hanya perlu berjalan kira-kira 5 minit sebelum sampai ke pintu masuk Taman Orkid ini.
Antara yang menjadi tarikan di sini termasuklah Orkid Normah iaitu bunga rasmi negeri Sarawak dan beberapa orkid Borneo yang terkenal di dunia.
Namun begitu, oleh kerana orkid berbunga mengikut musim, anda mungkin kecewa jika datang pada waktu orkid-orkid ini tidak berbunga. Dan oleh kerana kurang teduhan, datang awal agar anda dapat melihat kesemuanya tanpa diganggu panas matahari.
Tetapi yang baiknya, sewaktu maklumat ini ditulis, masuk adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan untuk mengambil gambar-gambar di sini.
Selasa – Ahad : 9:30 pg ke 6:00 ptg

Tutup pada hari IsninSelasa – Ahad : 9:30 pg ke 6:00 ptg
Jarak dari Homestay
Subscribe to:
Posts (Atom)
Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances